Bulan Ogos mengingatkan kita kepada perjuangan terdahulu dalam membina negara yang merdeka. Semangat itu wajar kita teruskan hari ini melalui khidmat yang ikhlas untuk tanah air tercinta di samping persiapan transformasi kita kepada entiti Independent Single Buyer (ISB).
Tahun ini, kita berbangga kerana Single Buyer memainkan peranan penting dalam Pemindaan Rang Undang-Undang Akta Bekalan Elektrik yang telah dibentangkan di Parlimen, dan antara perkara utama yang melibatkan Single Buyer adalah termasuk:
Selain itu, Single Buyer juga bertanggungjawab dalam perlaksanaan Mekanisme Pelarasan Bahan Api Automatik (Automatic Fuel Adjustment - AFA) yang digunapakai selaras dengan Jadual Tarif Elektrik Baharu di Semenanjung. Perubahan ini menunjukkan komitmen kita dalam menyokong inisiatif peralihan tenaga negara, pasaran tenaga yang lebih maju, mampan dan telus kepada semua pemain industri.
Tautan ukhwah hubungan warga kerja terus dieratkan melalui pelbagai program yang diaturkan oleh SBeeple, seperti sukan badminton dan cabaran Escape Room. Alhamdulillah, semoga usaha murni dalam memupuk togetherness serta mengamalkan gaya hidup sihat dapat diteruskan.
Sempena Hari Kemerdekaan yang penuh bermakna ini, marilah kita terus menyumbang dengan semangat yang tinggi demi masa depan industri tenaga Malaysia. Dengan komitmen yang tinggi dan usaha yang berterusan, kita mampu membina masa depan industri tenaga Malaysia yang lebih kukuh dan maju.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!