Hari Malaysia merupakan lambang penyatuan, togetherness, dan semangat patriotisme seluruh rakyat untuk membina sebuah negara yang lebih makmur dan sejahtera.
Di Single Buyer, kita percaya bahawa setiap usaha kecil yang dilakukan bersama-sama akan membawa impak yang besar untuk organisasi, masyarakat dan negara. Tahun ini, kita meraikan Hari Malaysia dengan beberapa inisiatif yang mencerminkan togetherness dan kegembiraan kita sebagai satu keluarga besar:
Aktiviti CSR di Sungai Chilling (Merdeka Hike) bukan sahaja mengeratkan ukhuwah antara warga Single Buyer, tetapi juga mendekatkan kita dengan alam sekitar sambil menyemarakkan semangat kemerdekaan. Melalui program ini, kita dapat menghargai khazanah alam sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kita kepada generasi akan datang.
Peranan Single Buyer dalam Jawatankuasa Demand Forecast (DFC) menjadi bukti keupayaan kita untuk berinovasi, bekerjasama, dan memberikan sumbangan bermakna kepada pembangunan sektor tenaga negara, hasil daripada keputusan Mesyuarat DFC mencerminkan komitmen dan dedikasi kita bersama industri tenaga Malaysia.
Saya berbesar hati dapat meluangkan masa bersama keluarga SB melalui sesi Santai Sarapan Bersama CEO & SBeeple Bowling. Saya yakin dengan semangat serta idea-idea baru yang dibawa, kita akan terus maju ke hadapan.
Semoga sambutan Hari Malaysia ini mengingatkan kita untuk terus bersatu hati, menyumbang kepada masyarakat, dan bersama sebagai satu keluarga besar.
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025!
“Bersatu Hati, Membina Harapan, Menjayakan Masa Depan.”